Saturday, 4 March 2017

SEJARAH KEMASUKAN KAUM CINA

SEJARAH KEMASUKAN KAUM CINA

Sebab-sebab Penghijrahan Orang Cina Ke Tanah Melayu.
FAKTOR PENOLAK

1. Masalah Kepadatan Penduduk Negara China mempunyal kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk China tidak seimbang dengan pengeluanan hasil pertanian menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi. Keadaan ini telah mewujudkan masalah kebuluran dan ini telah menjadikan kehidupan rakyat China sengsara. Antara tahun 1751 hingga 1851, penduduk China telah bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang, akan tetapi hasil pertanian semakin merosot.
2. Bencana Alam Kesengsaraan hidup rakyat di China semakin bertambah apabila berlakunya bencana alam yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian di China. Sepanjang tahun 1840-an dan 1850-an, negara China mengalami banyak bencana alam, iaitu kemarau yang berpanjangan di Wilayah Hunan di Utara China dan masalah banjir di selatan China terutamanya di sekitar Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Kejadian ini telah memusnahkan kawasan pertanian dan menyebabkan masalah kebuluran.

3. Masalah pengangguran Kehidupan rakyat China semakin susah dan sengsara apabila negara China menerima kemasukan kuasa asing. Pembukaan perusahaan barat di China telah menyebabkan industri tempatan merosot. Tambahan pula, kemasukan barang-barang barat dengan banyak dan murah menyebabkan barangan tempatan tidak laku. Orang-orang Cina yang terlibat dengan sistem pengangkutan tradisional seperti tongkang dan kereta kuda hilang pekerjaan dengan pengenalan sistem pengangkutan moden. Justeru itu, kesengsaraan dan masalah kemiskinan telah mendorong orang Cina ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin.

4. Dasar Kerajaan Manchu Dasar kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos pentadbiran yang semakin bertambah turut menambah beban rakyat Cina. Akibatnya, tidak mampu membayar cukai yang tinggi ditambah dengan kemusnahan tanaman akibat bencana alam telah mengakibatkan petani terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas desakan hidup inilah telah mendorong orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.

Related image5. Kekacauan politik pemerintahan Manchu Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu. Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Pada tahun 1850-1864, telah berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan, bertujuan menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan tersebut telah diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan Manchu. Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan kadar cukai yang tinggi. Tambahan pula, orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai dinasti asing. Kebencian orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu mendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.

Faktor Penarik

§  Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di lombong-lombong
§  Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Perindutrian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
§  Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British.
§  Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari China.


Cara kemasukan orang Cina


Sistem tiket kredit

  • Melalui sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai. Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh”.
Sistem Kangchu

  • Melalui Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan masuk menetap di Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini. Image result for sistem kangchu   Related image
                                                         TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM  
                                                         memperkenalkan Sistem Kangchu


Cara Persendirian

  • Orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di China melalui bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.
SUKU KAUM CINA DI TANAH MELAYU

   Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

          Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.

         Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.
       
           Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

         Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan.

        Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka.

        Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis.

        Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
 

BILANGAN/KOMPOSISI PENDUDUK KAUM CINA

Banci 2015 menunjukkan kaum Cina (tidak termasuk bukan warganegara):[15]
Negeri/Wilayah PersekutuanBahasa CinaPenduduk% Penduduk
Johor柔佛1,206,56634.0%
Kedah吉打283,85013.7%
Kelantan吉蘭丹66,2923.9%
Melaka馬六甲245,83926.4%
Negeri Sembilan森美蘭255,92723.3%
Pahang彭亨241,60014.9%
Perak霹靂750,74330.3%
Perlis玻璃市24,89010.1%
Pulau Pinang檳城780,89045.8%
Sabah沙巴453,56812.8%
Sarawak砂拉越637,91224.2%
Selangor雪蘭莪1,713,00028.2%
Terengganu登嘉楼31,1452.7%
Labuan纳闽10,01413.4%
Putrajaya布城2,2162.5%
Kuala Lumpur吉隆坡763,77643.2%


Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 30% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000, dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:


Dialek


Penduduk
Hokkien1,848,211
Hakka1,679,027
Kantonis1,355,541
Teochew974,573
Mandarin958,467
Hainan380,781
Min Bei373,337
Fuzhou249,413
Min Timur241,200
Cina Selat
236,918


Image result for PAKAIAN TRADIDIONAL ORANG CINA PAKAIAN TRADSIONAL KAUM CINA

Image result for PERAYAAN KAUM CINA


Image result for PERAYAAN KAUM CINA